Pengenalan Rancangan Ceramah Pilihan



Rancangan ceramah pilihan merupakan rancangan berbentuk agama yg di gemari oleh semua lapisan masyarakat, bermula pada tahun 1993, ia adalah cetusan idea mantan pengarah penyiaran Pahang Dato Hashim Embi, siaran pada masa itu bermula pada pukul 1.30 tgh hingga 1.45 tgh. Atas pemintaan ramai, ianya di lanjutkan menjadi 30 minit hingga sekarang, 1.30 tgh hingga pukul 2.00 ptg. Rancangan ceramah pilihan merupakan rancangan yg di rakamkan di sekitar negeri phg,dan kadang kala di luar negeri Pahang.Pada ketika itu hanya Radio Malaysia Pahang FM sahaja yang menyiarkan rancangan berbentuk ceramah.Dari segi penyedian bahan untuk siaran,penerbit akan mencari bahan untuk siaran dengan keluar ke mesjid atau surau-surau yang mengadakan ceramah agama,dan mendapat kebenaran dan rujukan daripada Jabatan Agama Islam Pahang atau JAKIM.Rancangan ceramah pilihan pernah memenangi anugerah MEDIA KEFAHAMAN ISLAM (IKIM)KATEGORI RANCANGAN AGAMA DI RADIO PADA TAHUN 2004.Dengan merangkul hadiah Wang Tunai,Pakej Umrah dan Kamera Digital.Semuga Rancangan Ceramah Pilihan akan terus berkumandang menerusi Radio Malaysia Pahang FM setiap Hari 1.30 hingga 2.00 petang.

Haji Hazidi Alang Ahmad


Saya di lahirkan di Tapah, Perak pada 8 July 1958, dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Convent, Tanah Rata, Cameron Highland kemudian mengikut ayah berhijrah ke Raub dan bersekolah di Sekolah Rendah Mahmud, seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Mahmud sehingga tamat pengajian.



Kerjaya



Saya memulakan kerjaya di RTM pada 1 okt 1979 di angkasapuri di bahagian Rekabentuk & Pementasan.


Bermulanya saya di Radio 3 Kuantan (Panggilan pada masa itu) pada tahun 1992, dan pada tahun 1993 hingga 1994 menjadi juruhebah Radio, kerana kurang berminat, saya beralih menerbitkan rancangan sehingga sekarang. Rancangan yang di gemari ramai pada masa itu dan sekarang, iaitu rancangan ceramah pilihan yang pernah di anugerah media kefahaman islam anjuran institut kefahaman islam (IKIM).Selain daripada Ceramah Pilihan, saya juga menerbitkan rancangan ALAM MISTERI setiap hari JUMAAT pukul 6.05 petang hingga 7.00 malam.Tetamu iaitu Ustaz Abdullah Mahmod dan Encik Saiful Bahrain(Abang pol).
Selain daripada itu,saya menerbitkan rancangan TAZKIRAH dan MOTIVASI PAGI.




Tuesday, March 23, 2010

Aidiladha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulanZulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepaskhatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

2 comments:

Family Memoirs said...

Salam Tn Hj Hazidi,

Terima kasih atas ingatan di atas, bukannya tak tahu tapi kadang-kadang terlupa.

Haji Hazidi Alang Ahmad said...

wasalam,sama.saling ingat mengingati memberi manfaat kepada orang yg beriman..

Post a Comment

 

CERAMAH PILIHAN Design by Insight © 2009