SEKSAAN SEMASA HIDUP DI DUNIA.
1.Umurnya tidak berkat.
2.Akan di hapuskan tanda2 orang solih daripada muka nya.
3.Tiap2 amal yang di kerjakan tiada di berikan pahala kepada nya.
4.Segala doanya tiada di perkenankan olih allah.
5.Dia di benci olih segala makhluk di dunia.
6.Tidak ada baginya bahagian doa untuk orang2 yang solih.
SEKSAAN KETIKA HENDAK MATI.
1.Mati dalam kehinaan.
2.Mati dalam kedaan yang sangat lapar.
3.Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat.
SEKSAAN DIDALAM KUBUR.
1.Kuburnya di sempitkan.
2.Dinyalakan api,yang mana dia akan membalik-balikan diri nya dalam bara api itu.
3.Allah mengarahkan ular yang besar,dinamakan "Shajkul Akrak" untuk menyeksa si mayat.Ular itu akan berkata,"Sesunggohnya aku telah di suruh olih tuhanku untuk memukul engkau dari subuh hingga Zuhur,sebab engkau sia2kan waktu Zuhur,di pukul pula hingga Asar,sebab engkau sia2kan waktu asar,begitulah seterusnya setiap hari,siang dan malam,sehingga hari kiamat.
SEKSAAN DI HARI KIAMAT.
1.Allah memerintahkan malaikat azab menghela orang yang tidak solat itu ke dalam neraka.
2.Allah menilik pada orang yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka.
3.Allah akan mengira orang yang tidak solat itu dengan kiraan yang paling berat dan terus di sumbatkan ke dalam neraka,sebagaimana firman nya yang bermaksud,"Apa yang membawa kamu ke neraka,Mereka menjawap ,"Kami tidak solat"
Pengenalan Rancangan Ceramah Pilihan
Rancangan ceramah pilihan merupakan rancangan berbentuk agama yg di gemari oleh semua lapisan masyarakat, bermula pada tahun 1993, ia adalah cetusan idea mantan pengarah penyiaran Pahang Dato Hashim Embi, siaran pada masa itu bermula pada pukul 1.30 tgh hingga 1.45 tgh. Atas pemintaan ramai, ianya di lanjutkan menjadi 30 minit hingga sekarang, 1.30 tgh hingga pukul 2.00 ptg. Rancangan ceramah pilihan merupakan rancangan yg di rakamkan di sekitar negeri phg,dan kadang kala di luar negeri Pahang.Pada ketika itu hanya Radio Malaysia Pahang FM sahaja yang menyiarkan rancangan berbentuk ceramah.Dari segi penyedian bahan untuk siaran,penerbit akan mencari bahan untuk siaran dengan keluar ke mesjid atau surau-surau yang mengadakan ceramah agama,dan mendapat kebenaran dan rujukan daripada Jabatan Agama Islam Pahang atau JAKIM.Rancangan ceramah pilihan pernah memenangi anugerah MEDIA KEFAHAMAN ISLAM (IKIM)KATEGORI RANCANGAN AGAMA DI RADIO PADA TAHUN 2004.Dengan merangkul hadiah Wang Tunai,Pakej Umrah dan Kamera Digital.Semuga Rancangan Ceramah Pilihan akan terus berkumandang menerusi Radio Malaysia Pahang FM setiap Hari 1.30 hingga 2.00 petang.
Haji Hazidi Alang Ahmad
Saya di lahirkan di Tapah, Perak pada 8 July 1958, dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Convent, Tanah Rata, Cameron Highland kemudian mengikut ayah berhijrah ke Raub dan bersekolah di Sekolah Rendah Mahmud, seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Mahmud sehingga tamat pengajian.
Kerjaya
Saya memulakan kerjaya di RTM pada 1 okt 1979 di angkasapuri di bahagian Rekabentuk & Pementasan.
Bermulanya saya di Radio 3 Kuantan (Panggilan pada masa itu) pada tahun 1992, dan pada tahun 1993 hingga 1994 menjadi juruhebah Radio, kerana kurang berminat, saya beralih menerbitkan rancangan sehingga sekarang. Rancangan yang di gemari ramai pada masa itu dan sekarang, iaitu rancangan ceramah pilihan yang pernah di anugerah media kefahaman islam anjuran institut kefahaman islam (IKIM).Selain daripada Ceramah Pilihan, saya juga menerbitkan rancangan ALAM MISTERI setiap hari JUMAAT pukul 6.05 petang hingga 7.00 malam.Tetamu iaitu Ustaz Abdullah Mahmod dan Encik Saiful Bahrain(Abang pol).
Selain daripada itu,saya menerbitkan rancangan TAZKIRAH dan MOTIVASI PAGI.
Saturday, November 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment