Jadual Siaran Ceramah Pilihan

Khamis(22 Mac 12) Penceramah : Ust Mohamad Ismail. Tajuk: Memutuskan Siratulrahim. Tempat: Masjid Syaidina Othman Affan,Bkt Rangin,Ktn. Sabtu(24 Mac 12) Penceramah : Ust Mohamad Ismail. Tajuk:Memutuskan Siratulrahim. Tempat:Masjid Syaidina Othman Affan,Ktn. Ahad(25 Mac 12) Penceramah : Ust Mohamad Ismail. Tajuk:Memutuskan Siratulrahim.Tempat:Masjid Syaidina Othman Affan,Ktn. Isnin(26 Mac 12) Penceramah : Ust Mohd Idris Hj Derus. Tajuk:Mencari Keberkatan. Tempat: Masjid Kg Sekara,Chenor. Selasa(27 Mac 12) Penceramah :Ust Mohd Idris Hj Derus.Tajuk:Mencari Keberkatan.Tempat:Masjid Kg Sekara,Chenor. Rabu(28 Mac 12) Penceramah :Ust Mohd Idris Hj Derus.Tajuk:Mencari Keberkatan.Tempat:Masjid Kg Sekara,Chenor.

Pengenalan Rancangan Ceramah Pilihan



Rancangan ceramah pilihan merupakan rancangan berbentuk agama yg di gemari oleh semua lapisan masyarakat, bermula pada tahun 1993, ia adalah cetusan idea mantan pengarah penyiaran Pahang Dato Hashim Embi, siaran pada masa itu bermula pada pukul 1.30 tgh hingga 1.45 tgh. Atas pemintaan ramai, ianya di lanjutkan menjadi 30 minit hingga sekarang, 1.30 tgh hingga pukul 2.00 ptg. Rancangan ceramah pilihan merupakan rancangan yg di rakamkan di sekitar negeri phg,dan kadang kala di luar negeri Pahang.Pada ketika itu hanya Radio Malaysia Pahang FM sahaja yang menyiarkan rancangan berbentuk ceramah.Dari segi penyedian bahan untuk siaran,penerbit akan mencari bahan untuk siaran dengan keluar ke mesjid atau surau-surau yang mengadakan ceramah agama,dan mendapat kebenaran dan rujukan daripada Jabatan Agama Islam Pahang atau JAKIM.Rancangan ceramah pilihan pernah memenangi anugerah MEDIA KEFAHAMAN ISLAM (IKIM)KATEGORI RANCANGAN AGAMA DI RADIO PADA TAHUN 2004.Dengan merangkul hadiah Wang Tunai,Pakej Umrah dan Kamera Digital.Semuga Rancangan Ceramah Pilihan akan terus berkumandang menerusi Radio Malaysia Pahang FM setiap Hari 1.30 hingga 2.00 petang.

Haji Hazidi Alang Ahmad


Saya di lahirkan di Tapah, Perak pada 8 July 1958, dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Convent, Tanah Rata, Cameron Highland kemudian mengikut ayah berhijrah ke Raub dan bersekolah di Sekolah Rendah Mahmud, seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Mahmud sehingga tamat pengajian.



Kerjaya



Saya memulakan kerjaya di RTM pada 1 okt 1979 di angkasapuri di bahagian Rekabentuk & Pementasan.


Bermulanya saya di Radio 3 Kuantan (Panggilan pada masa itu) pada tahun 1992, dan pada tahun 1993 hingga 1994 menjadi juruhebah Radio, kerana kurang berminat, saya beralih menerbitkan rancangan sehingga sekarang. Rancangan yang di gemari ramai pada masa itu dan sekarang, iaitu rancangan ceramah pilihan yang pernah di anugerah media kefahaman islam anjuran institut kefahaman islam (IKIM).Selain daripada Ceramah Pilihan, saya juga menerbitkan rancangan ALAM MISTERI setiap hari JUMAAT pukul 6.05 petang hingga 7.00 malam.Tetamu iaitu Ustaz Abdullah Mahmod dan Encik Saiful Bahrain(Abang pol).
Selain daripada itu,saya menerbitkan rancangan TAZKIRAH dan MOTIVASI PAGI.




Monday, January 30, 2012

PROGRAM AL QURAN TERJEMAHAN.

0 comments
Bermula pada 5 Feb 2012,Radio Malaysia Pahang FM dengan kerjasama Pejabat YAB Menteri Besar Pahang akan menerbitkan rancangan baru,rancangan Al Quran & Terjemahan terdiri daripada Hafiz2 di Negeri Pahang.
Rancangan tersebut bermula siaran sebelum azan maghrib dan ulangan sebelum penutup siaran.
Perlaksanaan program ini akan menjadi tonggak aktivity pendengar Radio Malaysia Pahang fm.Semoga Al Quran akan menjadi pemandu arah kehidupan setiap insan dan sentiasa hidup disanubari umat islam warga Pahang Darul Makmur.
Read more

Friday, January 13, 2012

HADIS PILIHAN

0 comments
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”
Read more

Tuesday, January 10, 2012

PROGRAM UST DON DANIEL DON BIYAJID.

0 comments
Ustaz Don Daniel Don Biyajid akan mengadakan satu siri ceramah selepas solat isyak pada hari ahad 12 feb 2012 bertempat di masjid sultan Ahmad Shah Al Haj,Pekan.
Kepada muslimin dan muslimat di jemput hadire.
Read more

Monday, December 5, 2011

SOLAT JAMAK.

0 comments
Dari segi bahasa,Jamak adalah perkataan Arab yang bermaksud mengumpulkan,atau menghimpunkan sesuatu.
Menghimpunkan dua waktu solat fardhu dengan melakukan dalam satu waktu.Solat Jamak hanya bolih di lakukan untuk solat berikut:
. Solat Zuhur dan Asar dalam waktu Zuhur.

. Solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar.

. Solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Maghrib.

. Solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak.
Read more

SOLAT QASAR.

0 comments
Dari segi bahasa,Qasar berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud memendekkan atau mengurangkan.
Solat Qasar adalah solat fardhu empat rakaat yang dipendekkan menjadi dua rakaat,ia itu solat Zuhur,Asar dan isyak.
Read more

Saturday, November 19, 2011

SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT.

0 comments
SEKSAAN SEMASA HIDUP DI DUNIA.
1.Umurnya tidak berkat.
2.Akan di hapuskan tanda2 orang solih daripada muka nya.
3.Tiap2 amal yang di kerjakan tiada di berikan pahala kepada nya.
4.Segala doanya tiada di perkenankan olih allah.
5.Dia di benci olih segala makhluk di dunia.
6.Tidak ada baginya bahagian doa untuk orang2 yang solih.

SEKSAAN KETIKA HENDAK MATI.
1.Mati dalam kehinaan.
2.Mati dalam kedaan yang sangat lapar.
3.Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat.

SEKSAAN DIDALAM KUBUR.
1.Kuburnya di sempitkan.
2.Dinyalakan api,yang mana dia akan membalik-balikan diri nya dalam bara api itu.
3.Allah mengarahkan ular yang besar,dinamakan "Shajkul Akrak" untuk menyeksa si mayat.Ular itu akan berkata,"Sesunggohnya aku telah di suruh olih tuhanku untuk memukul engkau dari subuh hingga Zuhur,sebab engkau sia2kan waktu Zuhur,di pukul pula hingga Asar,sebab engkau sia2kan waktu asar,begitulah seterusnya setiap hari,siang dan malam,sehingga hari kiamat.

SEKSAAN DI HARI KIAMAT.
1.Allah memerintahkan malaikat azab menghela orang yang tidak solat itu ke dalam neraka.
2.Allah menilik pada orang yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka.
3.Allah akan mengira orang yang tidak solat itu dengan kiraan yang paling berat dan terus di sumbatkan ke dalam neraka,sebagaimana firman nya yang bermaksud,"Apa yang membawa kamu ke neraka,Mereka menjawap ,"Kami tidak solat"
Read more

Umrah bersama Ustaz Mahmod Mat

0 comments







Read more

Friday, November 18, 2011

HUKUM SOLAT DUHA.

0 comments
Solat Duha ialah satu ibadat yang di sunatkan,maka sesiapa yang inginkan ganjaran berganda dia wajar melakukan.Tetapi sesiapa yang memilih untuk tidak melakukan,ia tidak lah berdosa atau bolih di hukum.
Dari segi bahasa,Duha adalah matahari atau cahaya matahari.Ada pendapat yang menyatakan ia adalah cahaya matahari yang sampai ke bumi.Atau apa sahaja yg terkena cahaya matahari di namakan Duha.Solat Duha ialah solat yg dilakukan pada waktu matahari baru terbit.
Bilangan Rakaat.
Sekurang-kurang nya solat Duha dua rakaat,dan bolih dilakukan empat,atau enam rakaat.Tetapi solat Duha paling banyak dan sempurna ialah lapan rakaat.Tetapi juga pendapat yang menyatakan sebanyak-banyak rakaat ialah dua belas.
Read more

Friday, November 4, 2011

Ustaz Wan Sohor Bani Leman sedang memberi ceramah Agama

0 comments
Ustaz wan sohor bani leman sedang memberi ceramah bertajuk aqidah pada 2/11/2011 di masjid sungai isap kuantan

Jemaah masjid tengah Kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz wan sohor bani leman
Read more

Wednesday, June 16, 2010

Bergambar kenang-kenangan.

0 comments


Bergambar bersama Dengan Bahagian Rancangan di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan...
Read more

Tuesday, March 23, 2010

Aidiladha

2 comments

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulanZulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepaskhatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Read more

Tuesday, March 16, 2010

Kelebihan Berselawat

0 comments
1.Ia merupakan salah satu amalan paling utama
2.Bolih Menghapuskan Kesalahan dan dosa
3.Jaminan untuk mendapat rahmat allah dunia dan akhirat serta syafaat nabi
4.Menjadi benteng sifat munafik dan kafir
5.Selamat drp hura-hara hari kiamat
6.Menjadi penyebab hajat,doa dan amalan baik di terima allah
7.Tiket utk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yg rumit
8.Menggantikan sedekah bagi mereka yg tidak mampu bersedekah
9.Di kasihi olih Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi baginda di syurga kelak
10.Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas drp segala yg mendukacitakan
Read more

Sunday, October 18, 2009

Biodata Penceramah

0 comments
BIODATA ZURIDAN MOHD DAUD
Tel : 013-9227112
E mail : zuri_71@yahoo.com
Blog : http://www.zuridanmdaud.blogspot.com


Ustaz Zuridan Mohd Daud adalah anak kelahiran Kg Damak, Jerantut Pahang. Dilahirkan pada 31.12.1971 dan sudah berumahtangga dengan Hajjah Siti Salmah binti Taib serta mempunyai enam orang cahayamata iaitu Muhammad Ukashah 12 tahun, Siti Asma 10 tahun, Siti Aisyah Wardah 8 tahun, Siti Sumaiyah 6 tahun, Siti Fatimah Az-Zahra 4 tahun dan Muhammad Huzaifah 2 tahun.

Latarbelakang Pendidikan.
Mendapat pendidikan awal di Sek Kebangsaan Jengka 16, Bandar Pusat Jengka, Sek Kebangsaan Bandar Jerantut, kemudian melanjutkan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Jerantut Pahang.
Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Univeristi Hassan 2, Casablanca, Maghribi pada tahun 1994. Kemudian memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Undang-Undang dan Pengajian Feqah di Universiti Al-AlBait Jordan pada tahun 1999.

Latarbelakang Pekerjaan
Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Pusat Bahasa Arab Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang pada tahun 1994. Memegang jawatan Pengarah Program di International Centre For Islamic Studies Kolej IKIP dan Pengarah Program Berkembar antara Universiti Yarmouk Jordan dan Kolej IKIP pada tahun 2000-2004.

Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang. Pernah menjadi Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang (2006-2008) dan sekarang beliau sedang cuti sepenuh masa untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Syariah.

Kegiatan pelajar
Pernah menjadi Ketua Pelajar di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar pada tahun 1989. Pada tahun 1994 diamanahkan tugas sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Maghribi. Di Jordan pernah memegang jawatan penasihat kepada Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang Jordan dan Penasihat Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Yarmouk dan Universiti Al-Bayt.

Aktiviti
Beliau menjadi penceramah di radio PahangFM dalam slot ceramah pilihan dan tazkirah pagi. Pernah menjadi panel slot Halaqah TV9 dan slot Inspirasi Pagi di RTM. Beliau juga dialntik sebagai panel penulis khutbah Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Banyak menulis artikel yang disiarkan di dalam akhbar perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian dan telah menghasilkan dua buah buku iaitu Tazkirah dan Bingkisan Ramadan.
Sering dijemput menyampaikan ceramah, menjadi ahli panel forum dan membentangkan kertas kerja di pelbagai institusi seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Kolej Islam Pahang, Politeknik Sultan Ahmad Shah Kuantan, Pahang Skill Development Centre, Yayasan Pahang, Jabatan Belia Pahang, MTBE Gebeng, BASF Gebeng, Intitut Kemahiran Mara Pekan, Pejabat Petronas Dagangan Kuantan, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan, Jabatan Agama Islam Pahang, LKPP, FAMA, TUDM, Bank Simpanan Nasional Pahang, Pusat Zakat Pahang dan sekolah-sekolah di sekitar Kuantan dan negeri Pahang. Beliau juga mempunyai kuliah mingguan tetap di masjid-masjid dan surau di daerah Kuantan.
Read more

Tuesday, September 15, 2009

Biodata Penceramah

4 comments
Biodata Ringkas:

Nama : Haji Ahmad Sukri bin Haji Mohamed Sodin
Tarikh lahir : 12 Ogos 1974
Tempat Lahir : Pekan, Pahang Darul Makmur
Nama Isteri : Hajjah Salawati binti Saruji
Anak-anak : 1) Amir Arif
: 2) Amira Aliya
: 3) Amira Aqeela
: 4) Amir Afeef

Akademi : 1) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Peradaban Arab, Mu'tah University, Jordan
2) Diploma Pendidikan (KPLI) Bahasa Arab,
Maktab Perguruan Islam, Bangi
Tempat
Bertugas : Sekolah Menengah Agama al-Ihsan, Kuantan.

Majikan : Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang

Pengalaman
Bertugas : 1) Peg. Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) DG3 (Kontrak) Sekolah Menengah Agama al-Falah Batu Talam, Raub, Pahang (1999)
2) Peg. Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) DG41 (Tetap & Berpencen Sekolah Menengah Agama al-Ihsan, Kuantan, Pahang (2001 hingga Sekarang)

Kegiatan
Kemasyarakatan: - Pengerusi Badan Khairat Kematian,
Bandar Baru Kuantan Putri, Kuantan.
- AJK KRT Bandar Baru Kuantan Putri, Kuantan
- Penceramah Jemputan Masjid-masjid dan surau-surau.
- Penceramah Jemputan Pahang.FM ( Ceramah Pilihan, Tazkirah
Pagi, Forum al-Muqarrabin dan Syiar Ramadhan).

Telefon : 019-9322935
E-mail :
mazar_1993@yahoo.com


Biodata Ringkas:

Nama : Ustaz Muhamad Idris b Hj Derus
Tarikh lahir : 05 September 1966/12 Sya`ban 1387H
Tempat Lahir : Kg Sg Ling Luar, Maran Pahang
Nama Isteri : Pn Siti Nor bt Daud
Anak-anak : 1) Syakiriin Rasyida (19 Tahun-UITM Jengka.
: 2) Syakirin Syafika (14 Tahun-SBPI,Temerloh.
: 3) Muhamad Syakir Fauwaz (8 Tahun-SK Paya Pasir.
: 4) Syakiriin Helyah Fauza (3 tahun)
Latar Belakang Pendidikan:
1)SK Paya Pasir tahun 1972
2)SM Agama Maran tahun 1978
3)SM Agama Tengku Ampuan Fatimah Pekan 1983
4)Sek Tinggi Agama Sultan Abu Bakar,Pekan(Kulliah Pekan)1985
Lulusan:
Institut Perguruan Darul Aman Kedah(Diploma PendidikanIslam)
University Kebangsaan Malaysia(Sarjana Muda Pengajian Islam dgn kepujian)
Kegiatan Luar:
Penceramah Radio Pahang FM
Penceramah Bebas/Motivator
Hakim Tahfiz Peringkat Sekolah2 Negeri Pahang
Hakim Tahfiz Peringkat Kebangsaan Sekolah2 Kementerian Pelajaran Malaysia
Jurulatih MTQ Kontijen Negeri Pahang ke Kebangsaan
Ahli Briged Dakwah JPN Pahang
Latar Belakang pekerjaan.
Mula Bertugas: 01 Disember 1992- SK Jengka 23 Bandar Jengka
01 Disember 1995- SK Jengka Batu 13,Temerloh
01 January 1995- SK RKTP Kg Awah
01 Ogos 2003-SK ChedongJaya,Maran
01 January 2005-SK Sentosa,Maran
05 January 2009-SK Maran
16 January 2009-SMK Seri Jengka,Maran
No Telefon : 019-9309346(H/P) 09-4771671 (P)









Biodata ringkas:

NAMA: RAMLI BIN MOHD HASSAN

TARIKH LAHIR : 12.6.1963 3. No.K/P: 630612-06-5267 LAMA 7035315

TEMPAT LAHIR : KUALA LIPIS PAHANG.

ISTERI : WAN SHAHRIZA BINTI WAN AB.RAHMAN

NAMA ANAK-ANAK
1. Mohammad Ilham Arif Bin Ramli 14 Tahun
2. Nur Intan Aishah Bt Ramli 13 Tahun
3. Muhammad Irfan Afiq Bin Ramli 11 Tahun
4. Muhammad Iqbal Aiman Bin Ramli 9 Tahun
5. Nuraireen Izura Bt Ramli 4 Tahun
6. Muhammad Ihsan Adib Bin Ramli 3 Tahun

TEMPAT BERTUGAS : di Sekolah Menengah Agama AI-Ihsan Tanjung Api Kuantan


KELULUSAN: B.A UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR (1986-1992)
DIPLOMA PENDIDIKKAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (1993-1994)


8. KEGIATAN LUAR DAN KHIDMAT DENGAN MASYARKAT:
1. Imam 1 di surau taman berjaya permai.
2. Penceramah jemputan di masjid-masjid dan Jabatan Kerajaan sekitar Kuantan dan Pahang
9. PENGALAMAN:
1.KULIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR PADANG POLO PEKAN PAHANG PADA BULAN OGOS 1993 HINGGA MAC 2002,
2. APRIL 2002 BERTUKAR KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-IHSAN KUANTAN PAHANG HINGGA SEKARANG.

No Telifon: 0199313361
Blog : Belum bina
Emel :
usramli@yahoo.com

Biodata Ringkas:

Nama : Drs Norazli bin Aziz
Tarikh lahir : 08.08.68
Tempat Lahir : Kg Masjid Baru Nyalas Melaka
Nama Isteri : Ardewi Ekawati bt Ramli Armaya
Anak-anak : 1) Azrin Amri Syafinaz (13 Thn-SM Rahman Talib)
: 2) Azrul Amri Zulfiqar (9 thn SK Cenderawasih)
: 3) Nurul Amirah Shahirah (6 Thn Tadika Perpaduan)
: 4) Azwana Amirah Shahirah (5 thn)
:5)Azwani Amirah Atiqah (5 thn)

Akademi : 1) Sarjana Muda Usuluddin Jurusan Tafsir- Hadis - Institut Agama Islam
Negeri Sumatera Utara Medan Indonesia

Pengalaman Bertugas :
Tenaga Pengajar di Pondok An Nuur, Kuala Penor
Guru Sandaran di SK Gambang
Pensyarah Pendidikan Islam Sambilan Yayasan Basmi Kemiskinan Pahang
Pensyarah Pendidikan Islam Sepenuh masa Yayasan Basmi Kemiskinan Pahang
Pengetua Yayasan Basmi Kemiskinan Pahang
Pensyarah pendidikan Islam dan Warden Insitut Al Faz
Penasihat Agama Kepada YB Dato`Hj Fauzi Hj Abd Rahman ADUN Beserah
Penyelia KAFA Daerah Kuantan
Penasihat Agama Kepada Dato`Hj Faisal ADUN Beserah
Imam Masjid Tg Lumpur

Kegiatan
Kemasyarakatan:
Penceramah PahangFM
Penceramah Bebas/Motivator
Penceramah/Guru Ta`mir Masjid Dan Surau

Telefon : 014 5415068
E-mail : salafimoden@yahoo.com
Blog : bahteramujahid.blogspot.com



Biodata ringkas:

Nama : Nik Ibrahim bin Nik Abdullah
No Kad Pengenalan : 670603-08-5699
Tarikh Lahir : 3.6.1967
Tempat Lahir : Kuala Rompin Pahang
Umur : 42 Tahun.
Alamat Pejabat : Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang,
26600 Pekan Pahang Darul Makmur.
Alamat Rumah : No 82, Taman Seri Maulana,
26600 Pekan Pahang Darul Makmur.
Jawatan : Pegawai Zakat
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.
26600 Pekan Pahang Darul Makmur.
Nama Isteri : 1. Nama :Roziah binti Abdul Hazar
Umur : 42 Tahun
Kerjaya : Guru Agama
2. Nama : Maimun binti Ludin
Umur : 51 tahun
Kerjaya : Ahli Perniagaan.

Bilangan Anak : 4 Orang
Nama Anak :1. Nama :Nik Fathiyyatun Najwa binti Nik Ibrahim
Umur : 19 Tahun
Pekerjaan : Sedang belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Melaka.
( Jurusan Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat)

2. Nama : Nik Farah Amalina binti Nik Ibrahim
Umur : 17 Tahun
Sekolah : Sek.Men.Integrasi Pekan

3. Nama : Nik Nur Syafiqah binti Nik Ibrahim
Umur : 15 Tahun
Sekolah : Sek.Men.Agama Tengku Ampuan Fatimah Pekan

4. Nama : Nik Yazid Aiman bin Nik Ibrahim
Umur : 12 Tahun
Sekolah : Sek.Keb.Sri Biram Pekan

Kegiatan Sosial : 1. Naib Yang Di Pertua PIBG Sek.Men.Integrasi Pekan.
2. Penceramah Undangan.


Link Blog :
www.muip.gov.my/



Biodata ringkas:

Nama : Syed Anis Syed Husain

Tempat & T.Lahir : Pekan, 8hb Mac 1967

Pendidikan : Sek.Men.Agama Al-Ihsan Kuantan
Sek.Tinggi Agama Sultan Abu Bakar Pekan
Univ.Islam Negeri SUSQA Pekanbaru Riau, Indonesia

Kelulusan : Sarjana Agama ( Syariah / Peradilan Agama )

Pekerjaan : Usahawan

Keluarga : 5 anak ( 3 L 2 P )
As-Sayyid Redhallah 18
As-Sayyid Rifaallah 16
Syarifah Haibatul-Iman 14
Syarifah ‘Adilatul Hulwani 10
As-Sayyid Rifqillah 7

Kegiatan : AJK Permata Camar Nadwah Islamiah Pahang ( Kompleks
Anak Yatim )
AJK PIBG SMA Al-Ihsan Kuantan
Pengerusi Himpunan Tenaga Pendidik Pahang
Tenaga pengajar tetap di masjid dan surau daerah Kuantan
Penceramah Undangan Radio Pahang
Daie Zakat Pahang

Domisili : H 55 Lorong 10 Taman Guru Jln. Gambang 25150 Kuantan

Telefon : 019 931 9575


Biodata ringkas:

Nama : INTAN SALWAA HASSAN

Tempat & T.Lahir : MENTAKAB, 4hb Jan 1966

Pendidikan : SMA Al-Khairiah Temerloh
STUSAB Pekan
IAIN SUSQA Pekanbaru Riau Indonesia

Kelulusan : Sarjana Agama ( B.Arab )
Dip. Pendidikan KPM

Pekerjaan : GURU di SMA Al-Ihsan Kuantan

Keluarga : 5 anak ( 3 L 2 P )

Kegiatan : Penceramah Undangan

Domisili : H 55 Lorong 10 Taman Guru Jln. Gambang 25150 Kuantan

Telefon : 019 943 4525






BIODATA USTAZ HAJI AZLAN BIN ABDUL RAHMAN

Menerima pendidikan awal di sekolah rendah kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang. Kemudian belajar di Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Ketapang, Pekan (1981-1986). Menyambung belajar di Kuliah Lughah Waddin, Sultan Abu Bakar, Pekan (1987-1988).

Belajar di Fakulti Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar,(Hons), Kaherah Mesir (1990-1994). Pada tahun 1994, mendapat tajaan biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi Mesir, belajar bahasa Arab di Pusat Bahasa Arab, Universiti Kaherah, Mesir. Bertugas sebagai pensyarah kanan di Kolej IKIP, Kuantan (1995-2007). Pada tahun 2004, menerima anugerah sijil penghargaan dan saguhati wang tunai daripada Kerajaan Negeri Pahang serta ucapan penghargaan daripada KDYTM Tengku Mahkota Pahang di atas penerbitan buku terjemahan yang berjudul, “Keadilan dan Toleransi Islam, terbitan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Menyambung belajar peringkat sarjana (M.A.) di Universiti Malaya (2001-2003). Bertugas sebagai Penolong Pengarah Akademik di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (2007-2008). Penceramah sambilan di Radio Malaysia Pahang FM (1995-2009).Ahli Panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan penceramah rancangan “Dian Iman” terbitan JAKIM-RTM. Menjadi panel penyemak dan penulis khutbah Jabatan Mufti Negeri Pahang (2005-2009).

Aktif menulis artikel berunsur ilmiah dalam akhbar-akhbar dan majalah tempatan. Telah menghasilkan beberapa buah buku ilmiah dan buku-buku terjemahan. Sekarang berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Falak dan Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Read more
 

CERAMAH PILIHAN Design by Insight © 2009